|Muka Depan|  |Biodata|  |Senarai Kursus> GE6543> Tugasan 4
|Tugasan 1 |Tugasan 2|  |Tugasan 3|  |Tugasan 4|  |Tugasan 5|  |Tugasan 6|
GE6543
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
Tugasan 4 : Forum "Wacana Minda Teknologi Maklumat dalam Pendidikan"
BAHAGIAN A: Mengadakan forum "Wacana Minda Teknologi Maklumat dalam Pendidikan" pada 6/07/2002 di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM.
[ Brosur ]
BAHAGIAN B: Meletakkan maklumat pembentangan forum "Wacana Minda Teknologi Maklumat dalam Pendidikan" secara ilmiah di laman web anda.  Pastikan maklumat yang dimuatkan adalah berunsurkan peranan anda dalam forum tersebut.
1. Panel Pembentang : Kertas pembentangan (Sahalani b. Basar, Jailani b. Mohideen & Mas Erni bt. Mohamed Ali)
2. Pengerusi : Pendahuluan, latar belakang dan kesimpulan forum (Che Rose b. Bakar)
3. Pencatit : Laporan forum : pembentangan, komen dan soalan (Abdul Muhaimin b. Osman)
4. Penonton : Maklumat, komen dan kupasan individu terhadap pembentangan setiap ahli panel (Asniza bt. Musa, Mohd Naim b. Mat Salleh & Shaifol Bahary b. Sulaiman)

KANDUNGAN

BAHAGIAN B

FORUM WACANA MINDA TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Tema :
Teknologi Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Teknologi Maklumat dan Pembangunan Sumber Manusia
Teknologi Maklumat dan Penerapan Nilai KBKK

Tarikh :
6 Julai 2002 (Sabtu)

Masa :
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat :
Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UKM.

Pengerusi : 
En. Che Rose b. Bakar

Ahli Panel :
En. Sahalani b. Basar
En. Jailani b. Mohideen
   Cik Mas Erni bt. Mohamed Ali

Ahli Panel Pertama      : En. Sahalani b. Basar 

Fokus                              : Teknologi Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Isi Penyampaian           :
Pusingan Pertama :
i.  Konsep teknologi maklumat (TM) 
Ahli panel membawa konsep TM yang merujuk kepada perkembangan ragam teknologi eletronik yang digunakan untuk memperolehi, memproses, menganalisis, menyimpan dan seterusnya menggunakan setiap maklumat yang berkaitan. 
ii. Definasi Pembelajaran sepanjang hayat (PSH)
Ahli panel membawa konsep PSH sebagai suatu pendemokrasian pendidikan yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu pendidikan tidak formal, pendidikan bukan formal dan pendidikan formal. Pendidikan tidak formal merupakan proses yang berlaku sepanjang hayat dan kaedah pembelajarannya tidak sistematik kerana ia diperolehi menerusi aktiviti harian.  Pendidikan bukan formal ialah sebarang aktiviti pendidikan yang tersusun, sistematik yang dijalankan diluar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi kumpulan tertentu.  Pendidikan formal pula adalah pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan teratur, berdasarkan falsafah dan sistem pendidikan sesebuah negara.  Seseorang pekerja perlu memahami keseluruhan sistem kerja.  Oleh itu, proses pembelajaran tidak akan berakhir walaupun seseorang itu meninggalkan alam persekolahan.
iii. Hubungan TM dengan PSH
Ahli panel menyatakan bahawa pendidikan pada masa kini yang berkaitan dengan kerjaya merupakan suatu cabaran baru bagi sesebuah negara yang ingin  melahirkan masyarakat yang berilmu dan  juga memastikan pembangunan negara mencapai matlamatnya. Antaranya, perkembangan internet telah mencetuskan k-dagang dan k-ekonomi yang menunjukkan penekanan kepada sumber maklumat dan pengetahuan.  Jadi, pembelajaran dan pembelajaran perlu berlaku secara berterusan dan TM merupakan pemangkin kepada perkembangan pengetahuan.  Pendidikan berteraskan TM menjadi satu cara untuk membolehkan  lebih ramai ahli masyarakat mendapat pendidikan dan latihan  tanpa perlu memikirkan kekangan waktu atau tempat.

Pusingan Kedua:
i.  Kepentingan TM  terhadap PSH
Menurut ahli panel, keperluan kepada latihan semula akibat dari perkembangan teknologi yang pesat mencerminkan kepentingan  pembelajaran secara berterusan dan pendidikan sepanjang hayat.  Pembelajaran secara online merupakan suatu piliah yang sesuai memandang kebanyakan pekerja pada peringkat ini mempunyai komitmen terhadap keluarga dan mempunyai tanggungan.
ii. Cabaran pembelajaran berteraskan TM
Pembelajaran berteraskan TM membolehkan sesuatu budaya, sosial dan politik  dikembangkan secara global.  Ia menjadi tempat bagi pendidikan berbentuk antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai budaya. Isu utama pembelajaran berteraskan TM ialah pemilikan dan capaian kepada teknologi tersebut memandangkan teknologi maklumat dilihat sebagai barang mewah dan bukannya barang keperluan. Pembelajaran seperti ini jugaa memerlukan kemahiran TM di mana pelajar perlu mencari dan menyaring maklumat melalui pemikiran secara kritikal dalam melahirkan idea dan pendapat yang bernas.  Pelajar perlu mempunyai motivasi yang tinggi kerana mereka bertanggungjawab terus ke atas pembelajaran sendiri. Corak pengajaran dan pembelajaran melalui Web yang memerlukan proses berfikir dalam bentuk bukan linear dan berpusatkan pelajar turut menjadi cabaran kepada pelajar. Guru hanya sebagai pembimbing. Kebanyakan bahan dan maklumat yang disampaikan melalui Web adalah dalam bahasa Inggeris.  Penguasaan dalam bahasa Inggeris juga menjadi penghalang dan cabaran utama kerana kebanyakan bahan dan maklumat yang disampaikan melalui Web adalah dalam bahasa Inggeris.

Ahli Panel Kedua         : En. Jailani b. Mohideen

Fokus                              : Teknologi Maklumat dan Pembangunan Sumber Manusia

Isi Penyampaian          :
Pusingan Pertama :
i.  Definasi Pembangunan Sumber Manusia (PSM)
Ahli panel mendefinasikan PSM sebagai usaha berterusan secara bersepadu dengan penggunaan latihan, pembangunan organisasi dan kerjaya untuk meningkatkan kecekapan individu, kumpulan dan organisasi itu sendiri.  Jadi, PSM adalah berkait rapat dengan PSH. 
ii. Perkaitan TM dengan PSM
Perkembangan TM telah membawa perubahan terhadap bidang pekerjaan dan ilmu. Ini menjadikan sumber manusia perlu menjadi tenaga kerja yang cekap supaya dapat menangani perubahan sesuai dengan tuntutan teknologi maklumat.. 
iii. PSM dalam menangani perubahan 
Ahli panel menerangkan bahawa dalam usaha menangani perubahan, langkah-langkah membangunkan sumber manusia perlu melibatkan penggunaan TM.  Latihan atau pembelajaran TM dapat memberi sumbangan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap.  Dengan ini, TM akan terus berkembang.

Pusingan Kedua:
i.  Peranan agensi kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan PSM
Menurut ahli panel, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) telah meletakkan K-ekonomi sebagai teras pembangunan ekonomi.  Strategi ekonomi beralih daripada input modal kepada maklumat.  Pekerja berpengetahuan menjadi teras kepada pembangunan k-ekonomi.  Dalam usaha meningkatkan daya saing pula, penekanan diberikan kepada PSM, aktiviti penyelidikan dan pembangunan, serta penggunaan TM bagi merangsang pembangunan ekonomi.  Trend PSM berubah akibat perubahan persekitaran, budaya kerja, perubahan kehendak pelanggan dan organisasi serta teknologi terkini. Oleh itu langkah proaktif diambil dan memulakan usaha Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (EG-HRMIS).
ii. TM dalam perubahan sektor awam Malaysia
TM menggerakkan pembaharuan dalam perkhidmatan awam.  TM dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam perkhimatan awam.  TM memboleh perkhidmatan terbaik diberikan kepada pelanggan kerana perkhidmatan boleh terdapat di mana-mana, bila-bila masa, selesa, lebih cepat dan mudah.  Kecekapan ditingkatkan melalui pengurangan penggunaan kertas, pengurangan penggunaan personel, meringkaskan proses dan aliran maklumat lebih laju, memudahkan prosedur, pertukaran dan perkongsian peralatan, kemahiran dan maklumat dan keputusan diperolehi dengan segera.

 

Ahli Panel Ketiga           : Cik Mas Erni bt. Mohamed Ali

Fokus                              : Teknologi Maklumat dan Unsur Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)

Isi Penyampaian            :
Pusingan Pertama :
i.  Definasi Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)
Merupakan kemahiran dalam pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Akronim J. U. D. G. E. menjadi menu untuk menggunakan kemahiran ini.
J  untuk Jot down occasion for decision 
U untuk Use brainstorming for alternatives 
D untuk Decide on best possibilities 
G untuk Gauge positive and negative outcomes 
E untuk Express selection; DECIDE. 
ii. Tujuan KBKK
Otak perlu dilatih untuk berfikiri.  Latihan KBKK untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak secara meningkatkan aspek kognitif dan afektif.  Dengan ini dapat memperkembangkan pembelajaran, bukan menerima sahaja.
iii. Komponen KBKK
Dua komponen iaitu kritis dan kreatif.  Kemahiran berfikir secara kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.  Kemahiran berfikir secara kreatif pula merupakan kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea; mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai; menerokai dan mencari makna, pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
iv. Alat-alat berfikir
Soalan dan penyoalan membantu berfikir secara  mendalam dan meluas.  Guru perlu tahu tentang soalan dan penyoalan supaya soalan dibentuk dan digunakan secara berkesan dengan mengambil kira semua aspek iaitu aras dan skop serta fokus kepada taksonomi bloom aras tinggi dan rendah
v. Penyebatian KBKK
Penyebatian melibatkan pengajaran secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir.  Terdapat dua kaedah penyebatian iaitu penyebatian penuh dan penyebatian separa. Menerusi penyebatian penuh, KBKK digunakan dalam keselurahan langkah pengajaran dan pembelajaran.  Dalam penyebatian separa, KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang di ajar.

Pusingan Kedua:
i.  TM dalam membantu peranan guru
KBKK merupakan usaha ke arah pembelajaran sepanjang hayat.  Guru berperanan dalam menarik minat pelajar untuk menggunakan KBKK.  Jenis projek berasaskan TM yang guru boleh gunakan seperti resource  based, simple creations, guided hypermedia project dan web-design projects.

|Muka Depan|  |Biodata|  |Senarai Kursus> GE6543> Tugasan 4
|Tugasan 1 |Tugasan 2|  |Tugasan 3|  |Tugasan 4|  |Tugasan 5|  |Tugasan 6|