Make your own free website on Tripod.com
|Muka Depan|  |Biodata|  |Senarai Kursus> GE6663> Tugasan 3
|Tugasan 1|  |Tugasan 2|  |Tugasan 3|  |Tugasan 4|  |Tugasan 5|  |Tugasan 6|  |Tugasan 7|
GE6663
Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer
Tugasan 3 : Instrumen Penilaian Perisian PPBK

PEMBINAAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTAJUK BELAJAR MS ACCESS


KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 RANCANGAN PENILAIAN
3.0 PENILAIAN FORMATIF
3.1   Penilaian Individu dalam Penilaian Formatif
3.2   Penilaian Lapangan dalam Penilaian Formatif
3.3   Penilaian Pakar dalam Penilaian Formatif
3.4   Penilaian Formatif dalam Fasa Rekabentuk
4.0 PENILAIAN SUMATIF
4.1   Fasa Penilaian Pakar dalam Penilaian Sumatif
4.2   Fasa Penilaian Lapangan dalam Penilaian Sumatif
4.3   Borang Soal Selidik Penilaian Sumatif
     4.3.1    Penilaian Pakar
     4.3.2   Penilaian Pelajar
5.0 RINGKASAN PROSES PENILAIAN PERISIAN PPBK
RUJUKAN


1.0 PENGENALAN

Penilaian merupakan suatu aktiviti yang berlaku secara berterusan sepanjang proses pembangunan sesebuah perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).  Setiap perisian PPBK yang dibina harus dinilai terlebih dahulu untuk memastikan penggunaannya berkesan dan menepati objektif penghasilannya.  Penilaian melibatkan pengumpulan maklumat bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat mengenai sesebuah perisian PPBK yang dibangunkan.  Proses penilaian akan membentuk pengadilan mengenai kualiti sesuatu aspek yang dinilai berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu.  Ia juga merupakan pelengkap kepada pendidikan dan syarat kepada rekabentuk pembangunan dan pembinaan perisian PPBK yang berkualiti.
atas
 

2.0 RANCANGAN PENILAIAN

Aktiviti penilaian perisian PPBK Mahir MS Access dilaksanakan menggunakan dua bentuk penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.  Ini adalah bersesuaian dengan saranan Tom Boyle (1997) berkenaan dengan penilaian bahan multimedia.  Penilaian formatif merupakan proses penilaian yang dilaksanakan sepanjang proses pembangunan perisian PPBK ini.  Penilaian ini dijalankan dengan tujuan menjamin pembangunan perisian PPBK ini memenuhi citarasa pengguna serta memenuhi objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.  Menurut Flagg (1990), penilaian formatif ialah koleksi maklumat yang sistematik dengan tujuan membuat keputusan bagi merekabentuk dan memperbaiki sesuatu produk.  Maklumat yang diperolehi melalui penilaian formatif merupakan maklum balas yang mempengaruhi proses pembangunan seterusnya.  Penilaian sumatif pula dikendalikan pada penghujung proses pembangunan perisian PPBK bagi menentukan sama ada perisian PPBK yang dibangunkan berjaya menepati keperluan dan matlamat yang telah ditetapkan.  Kedua-dua bentuk penilaian ini saling berkaitan dan bertujuan, khususnya untuk menilai keberkesanan dan kebolehgunaan perisian PPBK Mahir MS Access yang dibangunkan.  Keberkesanan perisian PPBK ini bergantung sama ada ia mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Kebolehgunaan pula merujuk kepada keselesaan pembelajaran dan keselesaan penggunaannya.

        Dalam melaksanakan proses penilaian formatif dan penilaian sumatif terhadap pembangunan perisian PPBK Mahir MS Access, pemilihan kaedah bagi tujuan penilaian dibuat dengan mempertimbangkan perkara-perkara berikut :-

i.       perisian PPBK Mahir MS Access dibangunkan adalah untuk tujuan pembelajaran;
ii.      peringkat dalam pembangunan perisian yang akan dilakukan penilaian;
iii.     faedah kos dari segi masa, sumber-sumber yang digunakan untuk penilaian;
iv.     kesesuaian pergabungan pelbagai kaedah.

Kaedah penilaian yang diperlukan adalah berbeza mengikut fasa-fasa pembangunan sesebuah perisian PPBK.  Penilaian formatif pembangunan perisian PPBK Mahir MS Access ini akan dijalankan pada menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual.  Menurut Tom Boyle (1997), maklumat lebih berkesan diperolehi apabila kaedah pemerhatian dilaksanakan dan disusuli dengan temubual.   Instrumen bagi kedua-dua kaedah ini berbentuk senarai semak.   Senarai semak ini juga berfungsi sebagai garis panduan sepanjang proses pembangunan perisian kelak.  Penilaian sumatif pula dikendalikan menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen berbentuk soal selidik.  Soal selidik yang dibina menggunakan skala jawapan "ya" atau "tidak" di samping ruangan "catatan" untuk penjelasan bagi mana-mana item yang berkaitan.
atas
 

3.0 PENILAIAN FORMATIF

Sebagaimana yang telah dimaklumkan, penilaian formatif dilakukan sepanjang proses pembangunan perisian PPBK ini.  Penilaian formatif merujuk kepada pelbagai aktiviti termasuklah menilai halangan yang tidak dijangkakan semasa proses pembangunan, perubahan kehendak pengguna, masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam menggunakan perisian dan sebagainya.  Semua aktiviti ini dijalankan menggunakan rekabentuk yang tertentu.

        Penekanan yang diberikan dalam penilaian formatif perisian PPBK ini ialah terhadap pengumpulan dan penganalisaan data serta kajian semula.  Terdapat tiga fasa yang akan dilaksanakan dalam penilaian formatif iaitu:-

i.      Penilaian individu (seorang dengan seorang)

ii.     Penilaian lapangan

iii.    Penilaian pakar
atas
 

3.1 Penilaian Individu dalam Penilaian Formatif

Penilaian secara individu dilaksanakan dengan tujuan untuk mandapatkan maklumat berkenaan dengan kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM dalam aspek Sistem Pengurusan Pangkalan Data (Database Management System -DBMS) pada masa sekarang.  Sebarang kelemahan yang wujud bermakna perlu melalui proses pembaikpulih.  Penilaian pada peringkat ini melibatkan seramai tiga orang pelajar yang mewakili tiga aras pencapaian iaitu baik, sederhana dan lemah.  Setiap pelajar akan ditemubual berdasarkan kepada senarai semak yang mengandungi item-item berikut :-

i.       kaedah  pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sekarang.
ii.      persepsi terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sekarang.
iii.      jenis bahan bantu mengajar yang digunakan guru.
iv.      persepsi terhadap kesesuaian bahan bantu mengajar yang digunakan guru.
v.       perkaitan kemahiran baru dengan kemahiran sedia ada.
vi.      persediaan kemahiran untuk melaksanakan projek.
vii.     kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa untuk belajar pada masa sekarang.
viii.    proses penilaian yang digunakan sekarang.

Segala maklum balas yang diberikan dikumpulkan dan direkodkan.
atas
 

3.2 Penilaian Lapangan dalam Penilaian Formatif

Penilaian lapangan adalah berkaitan dengan kontek pembelajaran.  Penilaian lapangan melibatkan satu sesi pembelajaran yang  terdiri dari satu kelas pelajar iaitu seramai 30 orang.  Pemerhatian dibuat terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran aspek DBMS menggunakan perisian MS Access.  Kriteria yang diberi tumpuan semasa pemerhatian disenaraikan dalam bentuk senarai semak.  Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian direkodkan pada senarai semak ini. Item-item senarai semak untuk tujuan pemerhatian ini adalah seperti berikut :-

i.      tindak balas pelajar semasa proses pembelajaran berlangsung.
ii.     cara guru menarik perhatian pelajar.
iii.     ciri-ciri pengajaran guru yang menyukarkan pelajar memahami proses kerja.
iv.     kaedah guru mengendalikan bahan bantu mengajar.
v.      cara guru menilai kefahaman pelajar.
vi.     reaksi pelajar terhadap contoh aplikasi kemahiran yang dipelajari.
vii.    sifat kerjasama sesama pelajar semasa menyelesaikan tugas yang diberi.
viii.    kesan strategi pengajaran yang digunakan.
atas
 

3.3 Penilaian Pakar dalam Penilaian Formatif

Penilaian pakar akan melibatkan penilaian ke atas kandungan mata pelajaran, rekabentuk pengajaran dan pembelajaran serta kebolehlaksanaan sistem sekarang.  Jadi, penilaian pakar melibatkan guru mata pelajaran atau pakar mata pelajaran dan pakar pengaturcaraan.  Pakar-pakar ini meramalkan masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang.  Hasil dari temubual yang dijalankan direkodkan pada senarai semak yang disediakan.  Item-item senarai semak adalah berbeza antara setiap pakar.

Item senarai semak guru mata pelajaran adalah seperti berikut :-

i.     kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang.
ii.    bahan bantu mengajar yang digunakan.
iii.   tugasan yang diberikan kepada pelajar.
iv.    penilaian kefahaman dan kemahiran pelajar.
v.    pemantauan projek pelajar.
vi.    kesesuaian isi pelajaran dengan peruntukan masa belajar pada masa sekarang.
vii.    motivasi di kalangan pelajar berkenaan.
 

Item senarai semak pakar pengaturcaraan :-

i.     perisian komputer untuk memanipulasikan grafik dan imej.
ii.    perisian komputer untuk penyuntingan audio dan video.
iii.    rekabentuk persembahan yang sesuai untuk pembelajaran.
iv.    rekabentuk interaksi yang sesuai pembelajaran.
v.    spesifikasi perkakasan komputer.
vi.    spesifikasi perisian komputer.
atas
 

3.4 Penilaian Formatif dalam Fasa Rekabentuk

Dalam fasa rekabentuk perisian PPBK, beberapa langkah kerja perlu dilaksanakan.  Penilaian formatif yang dijalankan pada fasa rekabentuk adalah bertujuan untuk memastikan setiap langkah yang dilaksanakan adalah memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.  Senarai semak digunakan sebagai panduan kepada pengkaji semasa proses rekabentuk.  Senarai semak yang yang akan digunakan semasa proses rekabentuk adalah seperti berikut :

i.    Matlamat dan objektif kajian

Perisian PPBK yang dibina dapat membantu pelajar mengendalikan perisian MS Access sebagai perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data secara berkesan dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM.

Objektif Kajian :-

  • Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina boleh menarik minat pelajar.
  • Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina mengandungi arahan yang mudah difahami serta ringkas.
  • Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.
  • Perisian PPBK Mahir MS Access yang dibina memenuhi kehendak unsur kemahiran mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum TM KBSM.


ii.    Kelebihan menggunakan komputer dan pelaksanaan perisian PPBK

  • Terdapat elemen-elemen multimedia yang terdiri dari teks, grafik, audio, video dan animasi.
  • Penggunaan hyperteks bagi tujuan penerokaan interaktiviti.
  • Menjimatkan masa pembelajaran dan kos sumber.
iii.    Strategi penggunaan perisian
  • Perisian PPBK digunakan sebagai bahan bantu mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM.
  • Pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar boleh belajar MS Access bantuan guru yang minimum.
  • Pembelajaran mengikut kemajuan pelajar iaitu pada kadar kendiri dan terarah kendiri.
iv.    Sumber sokongan perisian
  • Panduan pengguna yang mudah diikuti disediakan dalam perisian PPBK.
  • Perisian dalam bentuk fail pelaksana, boleh dilaksanakan tanpa fail sumber.
  • Panduan untuk melakukan proses installasi lengkap dan mudah diikuti.
v.    Kandungan perisian
  • Kandungan berlandaskan kepada Sukatan Pelajaran TM KBSM.
  • Kandungan disepadukan dengan mata pelajaran lain.
  • Kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar.
  • Menggunakan Bahasa Melayu.
  • Istilah komputer dikekalkan tetapi disertakan dengan terjemahan untuk mengelakkan kekeliruan.
  • Bebas dari kesilapan ejaan.
  • Mengandungi contoh yang realistik.
vi.    Aspek pendidikan dalam perisian
  • Matlamat perisian PPBK selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran TM KBSM.
  • Membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran TM KBSM.
  • Mengandungi unsur kemahiran mengendalikan perisian sistem pengurusan pangkalan data yang betul.
  • Mengandungi unsur penerapan nilai murni menghargai sumbangan dan bekerjasama.
  • Mengandungi unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
  • Mengandungi unsur-unsur motivasi.
  • Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar tentang komputer".
  • Mengandungi pendekatan pengajaran dan pembelajaran "belajar dengan komputer".
  • Mengandungi penilaian yang berkesan.
vii.    Gaya persembahan
  • Rekabentuk skrin menarik dan konsisten.
  • Teks jelas dan boleh dibaca dengan mudah.
  • Grafik kelihatan dengan jelas.
  • Penggunaan grafik, animasi, audio dan video adalah menarik dan berkesan.
  • Penggunaan grafik, animasi, audio dan video adalah bersesuaian.
  • Grafik, animasi, audio dan video membantu pembelajaran.
  • Panduan yang diberikan adalah jelas.
  • Panduan (help) boleh dilihat bila-bila masa dan boleh dihindarkan jika tak perlu.
viii.    Pendekatan navigasi dan arahan
  • Struktur navigasi mudah diikuti.
  • Arahan navigasi jelas dan mudah difahami.
  • Ikon mudah difahami dan konsisten.
  • Boleh keluar program bila-bila masa.
  • Boleh mula semula ditempat berhenti.
  • Membenarkan penerokaan keseluruh perisian.
atas
 
 

4.0 PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif dijalankan bagi memastikan perisian PPBK Mahir MS Access yang dibangunkan berjaya menepati matlamat dan keperluan yang telah ditetapkan.  Terdapat dua fasa dalam penilaian sumatif iaitu :-

i.     fasa penilaian pakar
ii.    fasa penilaian lapangan

Fasa penilaian pakar adalah untuk menentukan sama ada perisian PPBK ini memenuhi potensi keperluan pengajaran atau tidak.  Fasa penilaian lapangan pula untuk menentukan sama ada penggunaannya berkesan dan menepati objektif penghasilannya.
atas
 

4.1 Fasa Penilaian Pakar dalam Penilaian Sumatif

Sesuai dengan tujuan fasa penilaian pakar untuk mengesahkan potensi perisian PPBK Mahir MS Access ini memenuhi keperluan pengajaran yang telah ditentukan iaitu penerapan unsur kemahiran mengendalikan sistem komputer bagi kurikulum TM KBSM, maka aktiviti yang akan dijalankan ialah :-

i.     menilai secara khusus di antara kehendak pengajaran guru dengan perisian PPBK;

ii.    menilai kesempurnaan dan ketepatan perisian PPBK;

iii.    menilai pendekatan pengajaran dalam perisian PPBK;

iv.    menilai kebolehgunaan perisian PPBK;

v.    menentukan sama ada pengguna sasaran berpuashati dengan perisian PPBK.
 

Penilaian pakar ini melibatkan empat peringkat analisa iaitu :-

i.      Analisa kongruen yang melibatkan perbandingan penerapan unsur-unsur kemahiran ini dalam
        pengajaran biasa dengan potensi perisian PPBK yang dibangunkan.  Analisa ini dilaksanakan
        oleh pakar mata pelajaran

ii.     Analisa kandungan untuk meninjau sama ada kandungan perisian yang dibangunkan menepati
        matlamat dan kemahiran yang ditetapkan.  Analisa ini dilaksanakan oleh pakar mata pelajaran.

iii.     Analisa rekabentuk untuk menentukan sama ada rekabentuk yang yang digunakan menepati prinsip
        pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.  Ini termasuklah strategi pengajaran, penerokaan
        dan interaktiviti serta antara muka yang digunakan. Analisa ini dilaksanakan oleh pakar grafik.

iv.     Analisa kebolehlaksanaan untuk mendapatkan hubungan perisian PPBK dengan situasi penggunaannya.
        Analisa ini dilaksanakan oleh guru mata pelajaran itu sendiri.

Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penganalisaan,  borang soal selidik diedarkan kepada pakar-pakar yang telah dikenalpasti.
atas
 

4.2 Fasa Penilaian Lapangan dalam Penilaian Sumatif

Fasa penilaian lapangan melibatkan perlaksanaan perisian PPBK mengikut perancangannya yang sebenar. Tujuannya ialah untuk mengesan kebaikan dan kelemahan perisian, menentukan sebab-sebab kebaikan dan kelemahan serta merekodkan setiap kebaikan dan masalah yang wujud.  Fasa ini dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu :

i      Analisa hasil

ii.    Analisa pengurusan

        Analisa hasil ialah analisa yang berkaitan dengan pengaruh perisian PPBK ke atas pencapaian kemahiran dan sikap pelajar. Fasa penilaian lapangan dalam penilaian sumatif ini melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM.  Pengukuran pencapaian kemahiran dan sikap pelajar dilakukan dalam bentuk soal selidik.  Analisa pengurusan adalah untuk menentukan sama ada arahan telah dilaksanakan sepertimana yang telah dirancang dan perlaksanaan serta pengurusan adalah memuaskan dari berbagai perspektif.  Ia dilakukan dengan cara

  • mengesahkan tahap perubahan tingkah laku pelajar;
  • mengesahkan kemahiran dan pengalaman guru;
  • mengesahkan waktu mula, waktu arahan dan waktu selesai;
  • menentukan sesi penilaian dijalankan serta proses pemantauan dilaksanakan;
  • bertanya secara langsung kepada pelajar.
atas
 

4.3 Borang Soal Selidik Penilaian Sumatif

4.3.1 Penilaian Pakar

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN



Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Mahir MS Access

Penilaian Pakar


Bahagian A

Arahan : Lengkapkan maklumat di bawah.

Nama Penilai : ______________________________________________            Tarikh : _______________________

Jawatan : ___________________________________                                        E-Mail : ______________________

Alamat : ________________________________________________________________________________________

              _______________________________________________________________________________________

Jenis PPBK : __________________________________________
 

Bahagian B

Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan yang berkenaan pada bahagian CATATAN.
 
SOALAN
         CATATAN
Isi Kandungan
1.    Isi kandungan sesuai dengan sukatan pelajaran TM KBSM
Ya
Tidak
_____________________
2.    Isi kandungan yang disampaikan adalah tepat
Ya
Tidak
_____________________
3.    Isi kandungan disepadukan dengan mata pelajaran lain
Ya
Tidak
_____________________
4.    Isi kandungan dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar
Ya
Tidak
_____________________
5.    Isi kandungan disusun dengan teratur
Ya
Tidak
_____________________
6.    Contoh yang diberi adalah realistik
Ya
Tidak
_____________________
7.    Bahasa penyampaian menggunakan Bahasa Melayu
Ya
Tidak
_____________________
8.    Bahasa penyampaian adalah mudah
Ya
Tidak
_____________________
9.    Terjemahan istilah adalah tepat
Ya
Tidak
_____________________
10.   Tiada kesilapan ejaan
Ya
Tidak
_____________________
Strategi Pengajaran
1.    Rangka isi kandungan adalah jelas
Ya
Tidak
_____________________
2.    Objektif pengajaran ditulis dengan jelas
Ya
Tidak
_____________________
3.    Objektif pengajaran boleh dicapai
Ya
Tidak
_____________________
4.    Objektif pengajaran tercapai
Ya
Tidak
_____________________
5.    Kaedah mengajar adalah sesuai dengan tajuk
Ya
Tidak
_____________________
6.    Penyampaian isi pelajaran teratur dan senang diikuti
Ya
Tidak
_____________________
7.    Penyampaian isi pelajaran sesuai dengan gaya
       pembelajaran kebanyakkan pelajar
Ya
Tidak
_____________________
8.    Penyampaian menarik minat pelajar
Ya
Tidak
_____________________
9.    Perisian ini memudahkan pelajar untuk belajar
       mengendalikan perisian MS Access
Ya
Tidak
_____________________
10.  Perisian ini menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan
       kreatif
Ya
Tidak
_____________________
11.  Terdapat unsur-unsur nilai murni menghargai dan
       bekerjasama
Ya
Tidak
_____________________
12.   Pengguna diberi peluang menguji kemahiran
Ya
Tidak
_____________________
Rekabentuk Persembahan
1.    Rekabentuk skrin perisian menarik dan konsisten
Ya
Tidak
_____________________
2.    Teks jelas dan mudah dibaca
Ya
Tidak
_____________________
3.    Grafik dan imej menarik dan berkesan
Ya
Tidak
_____________________
3.    Warna yang digunakan dalam perisian ini sesuai dan
       berkesan.
Ya
Tidak
_____________________
4.    Audio yang digunakan berpatutan dan tidak mengganggu
       tumpuan pelajar terhadap isi pelajaran.
Ya
Tidak
_____________________
6.    Animasi yang digunakan membantu pembelajaran
Ya
Tidak
_____________________
7.    Masa tindak balas sesuai
Ya
Tidak
_____________________
8.    Kedudukan teks, grafik dan animasi adalah konsisten
Ya
Tidak
_____________________
9.   Perisian ini lengkap dengan arahan dan  panduan
      bagaimana menggunakannya
Ya
Tidak
_____________________
10.  Ikon yang digunakan dalam perisian ini mudah dikenalpasti
      fungsinya
Ya
Tidak
_____________________
11.  Tiada gangguan teknikal berlaku semasa persembahan
Ya
Tidak
_____________________
Rekabentuk Interaksi    
1.    Pelajar boleh mengawal kelajuan persembahan isi
       kandungan dalam perisian ini.
Ya
Tidak
_____________________
2.    Persembahan isi pelajaran tidak berturutan
Ya
Tidak
_____________________
3.    Perisian ini banyak bercabang ke bahagian lain
Ya
Tidak
_____________________
4.    Pelajar tidak sesat semasa meneroka perisian
Ya
Tidak
_____________________
5.    Perjalanan persembahan isi kandungan mudah diikuti
Ya
Tidak
_____________________
6.    Pelajar mudah untuk mencapai maklumat yang diperlukan
Ya
Tidak
_____________________
7.    Pelajar boleh keluar dari perisian bila-bila masa
Ya
Tidak
_____________________
8.    Perisian ini banyak meminta maklum balas dari pelajar
Ya
Tidak
_____________________
9.    Maklum balas yang diminta dalam pelbagai bentuk (menaip
       jawapan, memadan rajah dan mengklik pilihan)
Ya
Tidak
_____________________

Bahagian C

Komen lain berkenaan perisian ini :
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini
atas
 

4.3.2 Penilaian Pelajar

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN



Borang Soal Selidik Penilaian Perisian PPBK bertajuk Mahir MS Access

Penilaian Pelajar


Bahagian A

Arahan : Bulatkan jawapan anda dan beri penjelasan yang berkenaan pada bahagian CATATAN.
 
SOALAN
         CATATAN
Keselesaan dan Kesenangan Penggunaan
1.    Perisian ini senang digunakan.
Ya
Tidak
_____________________
2.    Saya tidak menghadapi masalah seperti kesesatan
       semasa meneroka perisian ini.
Ya
Tidak
_____________________
3.    Saya boleh keluar dari perisian ini pada bila-bila masa saya
       kehendaki.
Ya
Tidak
_____________________
4.    Saya mudah untuk memahami maksud arahan yang
       diberikan oleh perisian.
Ya
Tidak
_____________________
5.    Bahasa Melayu yang digunakan dalam perisian ini mudah
       difahami
Ya
Tidak
_____________________
6.    Tiada kesilapan ejaan dalam perisian ini.
Ya
Tidak
_____________________
Membantu Mempelajari MS Access
1.    Perisian ini membantu saya untuk mempelajari cara
       membina jadual.
Ya
Tidak
_____________________
2.    Perisian ini membantu saya untuk mempelajari cara
       membuat borang.
Ya
Tidak
_____________________
3.    Perisian ini membantu saya untuk mempelajari cara
       menghubungkan jadual-jadual.
Ya
Tidak
_____________________
4.    Perisian ini membenarkan saya mempelajari MS Access
       mengikut aturan pilihan saya sendiri.
Ya
Tidak
_____________________
5.    Contoh-contoh yang terdapat dalam perisian adalah
       berkaitan dengan persekitaran saya.
Ya
Tidak
_____________________
6.    Pengetahuan sedia ada saya digunakan semasa
       mempelajari MS Access melalui perisian ini,
Ya
Tidak
_____________________
7.    Saya lebih cepat faham apabila mengunakan perisian ini.
Ya
Tidak
_____________________
Kesesuaian Rekabentuk Antaramuka
1.    Warna latar belakang dalam perisian ini adalah sesuai.
Ya
Tidak
_____________________
2.    Tulisan yang terdapat di dalam perisian ini jelas dan mudah
       untuk dibaca.
Ya
Tidak
_____________________
3.    Saya suka muzik latar dalam perisian ini.
Ya
Tidak
_____________________
4.    Saya suka animasi kartun yang digunakan dalam perisian
       ini.
Ya
Tidak
_____________________
Kesesuaian Rekabentuk Interaksi
1.    Penyampaian isi pelajaran dalam perisian ini teratur dan
       senang diikuti.
Ya
Tidak
_____________________
2.    Perisian ini sering memberi panduan cara
       menggunakannya dengan betul.
Ya
Tidak
____________________
3.    Ikon yang terdapat dalam perisian menggambarkan
       fungsinya.
Ya
Tidak
_____________________
Motivasi
1.    Saya seronok menggunakan perisian ini.
Ya
Tidak
_____________________
2.    Perisian ini sering memberikan kata-kata semangat kepada
       saya untuk terus belajar.
Ya
Tidak
_____________________
3.    Aktiviti pembelajaran dalam perisian ini menarik minat
       saya.
Ya
Tidak
_____________________
4.    Saya ingin menggunakan perisian ini pada masa-masa lain
       sekiranya diberi peluang.
Ya
Tidak
_____________________

Bahagian B

Arahan : Sila tuliskan pendapat anda berkenaan dengan perisian ini dalam ruangan yang disediakan.

1.    Nyatakan bahagian yang paling anda minati mengenai perisian PPBK ini.  Jelaskan.
       _________________________________________________________________________
       _________________________________________________________________________
       _________________________________________________________________________
       _________________________________________________________________________

2.    Nyatakan bahagian yang paling anda tidak gemari mengenai perisian PPBK ini.  Jelaskan.
       _________________________________________________________________________
       _________________________________________________________________________
       _________________________________________________________________________
       _________________________________________________________________________

3.    Berapa lamakah anda menggunakan perisian PPBK ini dari mula hingga selesai.
       _________________________________________________________________________

4.    Komen lain berkenaan perisian ini :
       _________________________________________________________________________
       _________________________________________________________________________
       _________________________________________________________________________
      _________________________________________________________________________


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menilai perisian ini
atas
 

5.0 RINGKASAN PROSES PENILAIAN PERISIAN PPBK
 
PENILAIAN
FASA PENILAIAN
KAEDAH
INSTRUMEN
CARA MENTADBIR
Penilaian Formatif
Penilaian individu
(Pelajar TM)
Temubual 
Senarai semak
Tiga orang pelajar yang mewakili tiga aras pencapaian iaitu baik, sederhana dan lemah dipilih untuk ditemubual.
Penilaian Formatif
Penilaian lapangan
(Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas)
Pemerhatian
Senarai semak
Pemerhatian dibuat ke atas satu sesi pembelajaran yang  terdiri dari satu kelas pelajar iaitu seramai 30 orang.  Pemerhatian dibuat terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran aspek DBMS menggunakan perisian MS Access untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sistem sekarang
Penilaian Formatif
Penilaian Pakar
i.    Guru Mata Pelajaran
ii.    Pakar pengaturcaraan
Temu bual
Senarai semak
Guru mata pelajaran atau pakar mata pelajaran ditemubual untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan sistem P&P yang diamalkan sekarang.  Pakar pengaturcaraan pula ditemubual untuk mendapatkan maklumat berkenaan spesifikasi perisian dan perkakasan pada masa kini yang menyokong pembelajaran pelajar. Item-item senarai semak adalah berbeza antara setiap pakar.
Penilaian Sumatif
Penilaian Lapangan
(Satu kelas pelajar)
Tinjauan
Soal selidik
30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi Maklumat KBSM menjawab soal selidik  bagi mengukur kebolehgunaan dan kebolehlaksanaan perisian PPBK
Penilaian Sumatif
Penilaian Pakar Mata pelajaran / Guru mata pelajaran 
Tinjauan
Soal selidik
Dua orang guru mata pelajaran Teknologi Maklumat menjawab soal selidik bagi tujuan menilai aspek isi kandungan dan strategi pengajaran dalam perisian PPBK
Penilaian Sumatif
Penilaian Pakar Rekabentuk
Tinjauan 
Soal selidik
Seorang pakar rekabentuk perisian menjawab soal selidik bagi tujuan menilai aspek rekabentuk persembahan dan rekabentuk interaksi dalam perisian PPBK.

atas
 

RUJUKAN

Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International.

Flagg, B.N. 1990. Formative Evaluation for Educational Technologies. Hillsdale, NJ:Lawrence Erlbaum.

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir. 2001. Pembangunan Perisian Multimedia Satu Pendekatan Sistematik.
     Kuala Lumpur : Venton Publishing.

Rozinah Jamaludin. 2000. Asas-asas Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
        Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantu
        komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14.

atas

|Muka Depan|  |Biodata|  |Senarai Kursus> GE6663> Tugasan 3
|Tugasan 1|  |Tugasan 2|  |Tugasan 3|  |Tugasan 4|  |Tugasan 5|  |Tugasan 6|  |Tugasan 7|