|Muka Depan| |Biodata| |Senarai Kursus> GE6543> Tugasan 5 |
|Tugasan 1| |Tugasan 2| |Tugasan 3| |Tugasan 4| |Tugasan 5| |Tugasan 6| |
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KBSM
LAMPIRAN 1.0 PENGENALAN Sejak kewujudan internet yang telah merevolusikan sistem perhubungan manusia masa kini, berbagai-bagai kajian, usaha dan ciptaan telah dilakukan untuk menggunakan potensi yang ditawarkan oleh teknologi internet sepenuhnya. Kemudahan persidangan berkomputer adalah merupakan antara versi terkini kemajuan teknologi rangkaian komputer dan telekomunikasi. Persidangan komputer seperti ini memerlukan rangkaian komputer yang membolehkan pengguna berkongsi perkakasan, perisian aplikasi, data, transmisi video dan suara. Pendek kata, komputer dirangkaikan umumnya dengan tujuan untuk berkongsi bahan dan maklumat secara dua hala. Semudah-mudah rangkaian komputer melibatkan dua buah komputer yang dihubungkan dengan media, sama ada talian terus atau melalui talian telefon. Oleh itu, perhubungan antara pengguna boleh berlaku dimana-mana sahaja seperti dari satu bilik ke bilik dalam satu bangunan yang sama atau yang jauh. Ia juga amat menjimatkan masa dan kesannya boleh menjadikan seseorang itu lebih produktif. Teknologi komunikasi maya seperti ini memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam dunia pendidikan. Dalam usaha untuk memudahkan lagi interaksi antara pelajar dan guru untuk aktiviti-akiviti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan komunikasi maya melalui persidangan komputer ini amat membantu dengan cara yang berkesan dan amat menarik sekali terutamanya untuk sesi-sesi tutorial yang memerlukan komunikasi satu ke satu antara pelajar dan guru. Menurut Ketua Pengarah UNESCO, Koichiro Matsuura, dalam Ali Mohd Yatim (2002) globalisasi dan revolusi teknologi maklumat yang bergandingan menyediakan peluang-peluang yang belum pernah diperkatakan bagi membolehkan mereka yang terpinggir daripada sistem pendidikan mendapat pendidikan asas. Oleh itu komunikasi maya telah menjadikan pendidikan asas sebagai satu realiti untuk menyebarkan pengetahuan secara saintifik. Persidangan video juga adalah antara teknologi komunikasi maya yang semakin popular. Teknologi persidangan video juga membolehkan dua atau lebih pengguna di tempat yang berlainan melihat dan mendengar satu sama lain. Pengguna boleh berhubung dengan seseorang yang berada di mana-mana bahagian dunia melalui kamera video digital dan mikrofon yang disambungkan kepada komputer peribadi melalui talian internet. Ini menjimatkan masa dan kos untuk perjalanan ke tempat itu. Proses asas persidangan video melibatkan pengambilan imej dari komputer penggunan pertama, kemudian menghantar imej tersebut ke komputer pengguna kedua dan memaparkan imej tersebut pada komputer pengguna kedua terbabit. Persidangan video ini boleh dilakukan antara dua pengguna yang berbeza atau beberapa pengguna di beberapa lokasi yang berbeza. Komputer memerlukan kamera video bagi “melihat” pengguna. Video yang dirakam oleh kamera pengguna adalah sebenarnya beberapa siri gambar pegun yang dinamakan kerangka (frame). Jumlah kerangka yang di paparkan dalam satu saat dipanggil kadar kerangka (frame rate). Kadar kerangka yang tinggi akan membolehkan video kelihatan lebih jelas dan lebih hidup. Persidangan video biasanya mempunyai kadar kerangka antara 10 hingga 30 kerangka sesaat (frames per second). Bagi tujuan penghantaran imej dari komputer seseorang pengguna ke komputer penerima, komputer pengguna perlulah di hubungkan atau dirangkaikan. Tidak kira apa jenis alat perhubungan yang di gunakan, perkara penting yang perlu di ingatkan ianya mengambil masa untuk menghantar maklumat (imej) melangkaui rangkaian yang besar. Jumlah masa bergantung kepada jenis rangkaian yang digunakan dan berapa besar maklumat yang dihantar. Bagaimanapun, untuk membolehkan imej dapat di hantar dengan cepat, beberapa perkara yang boleh dilakukan:
Kelebihan persidangan video dari sudut dari sudut pendidikan ialah ia membenarkan visi pengajian jarak jauh menjadi satu kenyataan. Kaedah pembelajaran yang menggunakan persidangan video membolehkan pengajar dan pelajar berhubung mengikut masa yang ditetapkan, walaupun berada di negara yang berlainan. Dari sudut perubatan, teleperubatan akan memanfaat dari persidangan video sebab kawasan-kawasan di luar bandar tidak akan dipinggirkan dalam hal penjagaan kesihatan lagi. Manakala dari sudut perniagaan pula, ia mengelakkan keperluan pengurus-pengurus dan eksekutif menghabiskan masa dan wang dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat atau persidangan. Apabila berlakunya perkembangan-perkembangan teknologi ini, langkah untuk menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan persidangan berkomputer penting untuk diambil sebagai langkah permulaan. Ini terutama apabila memikirkan gelombang globalisasi yang wujud hasil dari teknologi komunikasi yang kian canggih semakin terasa di setiap sektor awam dan swasta. Lebih-lebih lagi institusi pendidikan semestinya tidak harus ketinggalan untuk sama-sama merebut peluang yang ditawarkan oleh kemudahan teknologi masa kini untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Satu rancangan pengajaran seperti yang disediakan di bawah adalah sebagai contoh untuk kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan persidangan komputer. Antara perisian yang boleh digunakan untuk persidangan berkomputer ini adalah seperti MSN Messenger untuk komunikasi secara lisan atau bertulis. Aplikasi seperti Net Meeting pula boleh menampung kemudahan video kamera bagi melengkapkan komunikasi secara persidangan berkomputer ini. Untuk mempastikan persidangan ini berjalan dengan lancar, antara perkakasan dan perisian yang perlu adalah seperti komputer peribadi multimedia yang mempunyai rangkaian internet, mikrofon, kamera video, program MSN Messenger dan Net Meeting. Sehubungan itu, dalam situasi pembelajaran dan pengajaran, persidangan berkomputer ini boleh dijalankan pada bila-bila masa yang sesuai. Contohnya apabila seseorang guru mendapati pelajarnya menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran secara berkumpulan atau kelompok, sesi tutorial untuk pelajar tersebut boleh dijalankan menggunakan persidangan komputer ini. Oleh itu guru dan pelajar tidak perlu berada pada satu tempat yang sama untuk memulakan sesi tutorial. Ini tentulah memudahkan kedua-dua pihak menjalankan tugas masing-masing dengan selesa. Persidangan komunikasi serentak sebegini juga boleh dibuat antara seorang guru dengan dua atau tiga orang pelajar mengikut kecekapan guru. Bagaimanapun, untuk mempastikan pembelajaran pelajar diberi perhatian sepenuhnya, komunikasi satu ke satu seharusnya amat digalakkan. Kemudahan yang ditawarkan oleh perisian MSN Messenger dan Net Meeting sendiri pula sudah cukup untuk menjadikan sesuatu pengalaman mengajar dan belajar menjadi menarik. Selain dari 'chat' secara teks atau lisan kemudahan menghantar dan menerima sebarang bentuk fail dokumen, grafik, video, persembahan dan sebagainya mempercepatkan proses penyampaian dan penerimaan maklumat. Selain dari itu kemudahan 'share desktop' dan penggunaan 'whiteboard' menjadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran itu lebih aktif dan interaktif. Ia juga membantu guru membuat pemantauan dan penilaian tentang kefahaman serta kemahiran pelajarnya walaupun tidak berada disatu tempat yang sama. Ini boleh dilakukan dengan melihat tindakbalas pelajarnya melalui skrin komputernya sendiri apabila kemudahan 'share desktop' atau 'whiteboard' diaktifkan. Walaupun persidangan berkomputer ini banyak manfaatnya, ia tetap mempunyai kekangan-kekangan tertentu. Contohnya, ia amat bergantung kepada kelancaran internet. Andainya mana-mana pengguna menghadapi masalah dengan server masing-masing ia tentulah membantutkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan peralatan-peralatan yang digunakan seperti video kamera, mikrofon dan perisian MSN Messenger atau Net Meeting. Andainya ada peralatan yang tidak berfungsi atau fail sistem yang hilang, ia akan menyukarkan keadaan. Pembelajaran jarak jauh cara ini juga amat bergantung kepada kerjasama dan kejujuran pelajar. Oleh kerana guru tiada bersama-sama pelajar secara fizikal, guru perlulah bersikap kreatif untuk mempastikan pelajarnya benar-benar mengikuti objektif pembelajaran. Selain dari itu, persidangan ini juga lebih sesuai bagi mereka yang telah mempunyai kemahiran berkomunikasi secara maya. Ini kerana komunikasi secara ini memerlukan pelajar banyak menggunakan kemahiran komputer dan pengetahuan tentang komputernya serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifnya.
Walaubagaimanapun, kekangan-kekangan tersebut masih boleh diatasi dengan
usaha dan kerjasama dari semua pihak. Apa yang pasti pembelajaran secara
persidangan komputer ini menjanjikan satu pengalaman pengajaran dan pembelajaran
yang amat menarik bagi guru dan pelajar. Peranan guru sebagai pembimbing
maklumat dan ilmu (facilitator of knowledge) kini menjadi lebih
mudah kerana teknologi masa ini telah membenarkannya. Pelajar pula seharusnya
lebih aktif menimba dan memproses maklumat sendiri dengan bantuan teknologi
komputer. Malahan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak
dengan pendidikan seharusnya turut sama tampil menyediakan bahan-bahan
yang menggalakkan pengaplikasian komunikasi maya ini. Semakin ramai
yang terlibat semakin kurang perasaan takut-takut untuk menggunakan kemudahan
teknologi yang ada.
1. Ali
Mohd Yatim. 2002. Tugasan Sarjana : Komunikasi Alam Maya (atas talian).
2. Pusat
Perkembangan Kurikulum. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat
KBSM (atas talian).
LAMPIRAN Lampiran Guru : Kandungan fail Tugasan.doc Tugasan 1.
Mulakan internet dan capai laman web menggunakan URL berikut :
2.
Buat kepada penerokaan terhadap laman web tersebut dan dapatkan maklumat
berkaitan:
|
|Muka Depan| |Biodata| |Senarai Kursus> GE6543> Tugasan 5 |
|Tugasan 1| |Tugasan 2| |Tugasan 3| |Tugasan 4| |Tugasan 5| |Tugasan 6| |