GE6543
Teknologi Maklumat
dalam Pendidikan
|
Tugasan 6 : Pengajaran
dan Pembelajaran Subjek Menggunakan Data dari Satelit
|
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA
MENGGUNAKAN DATA DARI SATELIT
RUJUKAN
LAMPIRAN
1.0
PENGENALAN
Satelit mikro Malaysia yang
pertama, TiungSAT-1 telah dilancarkan pada jam 6.05 petang waktu
Malaysia pada 26 September 2000 menggunakan roket pelancar Dnepr
di tapak pelancar Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Satelit mikro
pertama ini merupakan ilham Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad dan nama "Tiung" itu dicadangkan mengambil sempena nama burung
tiung (Myna). Satelit TiungSAT-1 ini dibangunkan melalui Program
Latihan dan Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey. Program
ini adalah kerjasama antara Surrey Satellite
Technology Ltd. (SSTL) dan Austronautics
Technology Sdn. Bhd. (ATSB).
Malaysia mula menceburi secara bersepadu sektor aeroangkasa dengan terbentuknya
Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia pada tahun 1997 dengan
harapan pembangunan sektor aeroangkasa negara akan menjadi pemangkin pembangunan
sosial dan ekonomi Malaysia (Azmi Hassan, 2002). Komitmen kerajaan
dalam memajukan industri aeroangkasa menjadi lebih nyata dengan tertubuhnya
Agensi Angkasa Lepas Nasional (AALN). Agensi ini yang kini diterajui
oleh Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman yang mempunyai pengalaman luas
dalam bidang sains angkasa dijangka memainkan fungsi dengan lebih aktif
dalam menentukan dasar dan arah tuju industri aeroangkasa. Malaysia
juga berhasrat untuk membangunkan pusat angkasa yang akan mempunyai pelancar
satelit. Usaha ini juga adalah demi kepentingan pertahanan negara.
Selain dari memajukan industri pembangunan satelit, langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan juga akan membuka peluang untuk memajukan industri
aeroangkasa yang lain seperti bidang penyelidikan dan pembangunan, industri
sampingan, aplikasi dan khidmat profesional. Oleh itu, kefahaman
mengenai teknologi satelit perlu dipupuk sedari awal lagi kepada generasi
yang akan memimpin negara pada masa akan datang supaya mereka dapat merealisasikan
hasrat kerajaan ini. Pendidikan merupakan kunci ke arah merealisasikan
hasrat ini. Golongan pendidik perlu terlebih dahulu didedahkan kepada
penggunaan teknologi satelit dalam pendidikan sebelum mereka dapat mengaplikasikannya
di dalam bilik darjah.
Satelit merekod maklumat berkaitan dengan permukaan bumi dan atmosfera
secara berterusan, dan menghantar sejumlah besar data (gigabait setiap
hari) kepada pusat pengumpulan dan penyimpanan data. Imej-imej dari
satelit ini sangat berguna untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menarik kerana menggunakan data-data yang sebenar, bukannya bergantung
semata-mata kepada buku teks yang ketinggalan masa kerana terdapat antara
kandungannya hanya relevan untuk suatu tempoh yang tertentu sahaja.
Adalah menjadi satu kerugian sekiranya pelaburan yang bernilai berbilion
ringgit ini tidak dimanfaatkan secara sepenuhnya.
Satu perkara yang menjadi kesulitan kepada para pendidik ialah mekanisme
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bersumberkan imej-imej satelit.
Ini adalah kerana belum ada sebarang program kerjasama antara golongan
pendidik peringkat sekolah rendah dan menengah dengan agensi kerajaan bagi
menumpukan usaha penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dari satelit
secara berterusan. Satu bengkel Makrosatelit dalam Pendidikan yang
dianjurkan oleh pihak Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA), Astronautic
Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), Institut Fizik Malaysia (IFM) dan Mahkota
Technologies Sdn. Bhd. (MARTS) pada tahun 17 Disember 1997 hanya memakan
masa sehari sahaja dengan penyertaan yang terhad pula. Oleh itu,
kumpulan kami cuba merangka satu rancangan pengajaran yang berkaitan dengan
satelit serta memanfaatkan penggunaan bahan-bahan dari satelit sebagai
sumber pengajaran dan pembelajaran.
atas
2.0
RANCANGAN PENGAJARAN
Rancangan pengajaran ini
dibina dengan menyesuaikan kurikulum yang sedia ada dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran bersumberkan bahan dari satelit. Kami memilih topik
Bumi dan Alam Semesta dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga kerana
didapati isi pelajarannya adalah sangat sesuai untuk memperkenalkan teknologi
angkasa lepas kepada pelajar secara berkesan.
Rancangan pengajaran ini
terbahagi kepada tiga mengikut tajuk yang disusun mengikut perkembangan
pengetahuan yang perlu dicapai oleh pelajar.
2.1 Rancangan
Pengajaran 1 - Sistem Suria
2.2 Rancangan
Pengajaran 2 - Perkembangan Kajian Angkasa Lepas (Teknologi Satelit Buatan)
2.3
Rancangan Pengajaran 3 - Faedah Teknologi Angkasa Lepas untuk Manusia
Mata
Pelajaran |
:
Sains |
Tingkatan |
: Tiga |
Masa |
: 80 minit (2 waktu
mengajar) |
Topik |
: Bumi dan Alam Semesta |
Tajuk |
: Faedah Teknologi
Angkasa Lepas untuk Manusia |
Hasil
Pembelajaran
(Objektif) |
: Pada akhir proses
pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat :
i.
mengetahui bahawa satelit buatan dapat mengumpul dan menghantar data;
ii.
menyatakan jenis-jenis satelit buatan yang utama;
iii.
memahami fungsi bagi pelbagai satelit buatan. |
Penyerapan Ilmu |
: Ilmu astronomi |
Kemahiran
Generik |
: i.
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) (membanding beza, mengenalpasti);
ii.
Kemahiran teknologi (searching and browsing, mengguna perisian aplikasi
Internet,
mengguna perisian persembahan);
iii.
Kemahiran belajar (mencari dan menganalisis maklumat). |
Penerapan Nilai Murni |
: Bersyukur, bekerjasama
dan bertanggungjawab |
Kecerdasan
Pelbagai |
: i.
Kecerdasan ruang/imaginasi;
ii.
Kecerdasan intrapersonal;
iii.
Kecerdasan interpersonal;
iv. Kecerdasan
logikal. |
Media
Pengajaran |
: i.
Keratan akhbar;
ii.
Sumber internet;
iii.
Gambar dari satelit. |
Pengalaman
Sedia Ada |
: Pelajar telah mempelajari
berkenaan:
i.
Sistem suria;
ii.
Perkembangan kajian angkasa lepas (Teknologi satelit buatan). |
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pangajaran
dan Pambelajaran
|
Media Pengajaran
|
Kemahiran Generik
|
Guru
|
Pelajar
|
a
LANGKAH 1
(10 minit)
(Set Induksi)
|
a |
a
1. |
Guru
mengedarkan keratan akhbar yang bertajuk "Kepentingan satelit dari sudut
strategik". |
2. |
Guru mengemukakan beberapa
soalan kepada pelajar :
i. |
Apakah TiungSAT-1
sebenarnya? |
ii. |
Di manakah TiungSAT-1 pada
ketika ini? |
iii. |
Apakah nama
satelit yang terdapat di dalam petikan ini? |
iv. |
Apakah kegunaan satelit
yang dinyatakan di dalam petikan ini? |
|
3. |
Setelah berpuashati dengan
jawapan pelajar, guru seterusnya menjelaskan objektif pelajaran untuk hari
ini. |
|
a
1. |
Pelajar
membaca petikan keratan akhbar secara senyap. |
2. |
Pelajar menjawab soalan
yang dikemukakan dengan merujuk kepada keratan akhbar yang diberi. |
|
a
Keratan akhbar Berita Harian
13 Julai 2002 |
a
KBKK:
Menjana minda
Kecerdasan Pelbagai
:
Kecerdasan interpersonal |
a
LANGKAH 2
(25 minit) (Menyampaikan
objektif)
|
a
Fungsi asas satelitb buatan
Jenis-jenis satelit buatan
Fungsi pelbagai satelit
buatan |
a
1. |
Guru
membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan dikenali
mengikut jenis satelit iaitu satelit kajicuaca (GOES), satelit telekomunikasi
(EUTELSAT), satelit pelayaran (GPS), satelit saintifk (TERRIERS) dan satelit
ketenteraan (MILSTAR). |
2. |
Guru
mengedarkan helaian tugasan yang perlu dilakukan bagi setiap kumpulan. |
3. |
Guru
meminta pelajar mengagihkan tugas kepada setiap ahlinya sama ada
sebagai pengakses, pencatat, atau pelapor. |
4. |
Guru
memerhati dan membantu pelajar menjalankan aktiviti |
|
a
1. |
Pelajar
dari setiap kupulan melantik pengakses, pencatat dan pelapor. |
2. |
Pelajar
mengakses internet berdasarkan URL yang diberikan dan berbincang mengenainya. |
3. |
Pelajar
memasukkan hasil perbincangan dan maklumat yang diperolehi ke dalam perisian
persembahan powerpoint. |
|
a
Kertas
edaran,komputer yang dilengkapi dengan kemudahan capaian kepada internet |
a
KBKK:
Mengumpul dan
memproses maklumat
Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan ruang/imaginasi
Kecerdasan logikal |
a
LANGKAH 3
(20 minit)
(Menampilkan pencapaian)
|
a |
a
1. |
Guru
meminta wakil setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan kepada
ahli kumpulan lain di dalam kelas menggunakan perisian persembahan powerpoint. |
2. |
Guru
membuat sebarang pembetulan dan penambahbaikan jika diperlukan. |
|
a
1. |
Wakil
setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan dan maklumat yang diperolehi
kepada ahli kelas yang lain menggunakan powerpoint. |
|
A |
a
KBKK:
Membuat urutan
Membanding dan membeza.
Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan ruang/
imaginasi
Kecerdasan logikal
Kecerdasan interpersonal |
a
LANGKAH 4
(15 minit)
(Menilai pencapaian)
|
a |
a
1. |
Guru
meminta pelajar membuat perbincangan berdasarkan maklumat yang dipersembahkan
oleh setiap kumpulan. |
2. |
Guru
bertindak sebagai fasilitator dan memberi rumusan yang muktamat. |
|
a
1. |
Pelajar
membandingkan maklumat di antara kumpulan dengan kumpulan lain |
|
a |
a
KBKK:
Membanding
dan membeza
Kecerdasan
Pelbagai:
Kecerdasan
interpersonal |
a
LANGKAH 5
(10 minit)
|
a
Penilaian Pelajar |
a
1. |
Guru
mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar untuk aktiviti refleksi :
i. |
Apakah
perkara-perkara dalam kehidupan anda yang dipermudahkan dengan adanya satelit? |
ii. |
Apakah
kesannya kepada kehidupan jika satelit tidak berfungsi? |
|
2. |
Guru
membuat refleksi pengajaran dan mengesan keleahan pengajaran untukpengajaran
yang lebih berkesan. |
|
a
1. |
Pelajar
menjawab soalan refleksi tersebut. |
|
a |
a
Penilaian kendiri
Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan intrapersonal
Nilai murni:
Memanfaatkan teknologi ke
arah kebaikan. |
atas
RUJUKAN
Azmi Hassan. 2002. Kepentingan
satelit dari sudut strategik. Berita Harian, 13 Julai.
Austronautics Technology.
2002. __________________ (atas talian). http://www.atmsb.com.my/
(23 September 2002)
Surrey Satellite Technology
Ltd. (tanpa tarikh). ____________(atas talian) http://www.sstl.co.uk/
(23 September 2002)
atas
LAMPIRAN
Lampiran Guru : Kertas
edaran tugasan kumpulan
Tugasan Kumpulan
1.
Lakukan penerokaan terhadap laman berikut :
2.
Jalankan perbincangan dalam kumpulan berkenan dengan fungsi satelit kumpulan
anda dengan berpandukan maklumat
yang didapati pada laman web tersebut.
3.
Persembahkan maklumat yang diperolehi kepada kelas menggunakan perisian
persembahan Powerpoint.
atas |