Make your own free website on Tripod.com
|Muka Depan|  |Biodata|  |Senarai Kursus> GE6543> Tugasan 5
|Tugasan 1 |Tugasan 2|  |Tugasan 3|  |Tugasan 4|  |Tugasan 5|  |Tugasan 6|
GE6543
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
Tugasan 5 : Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Menggunakan Aplikasi Persidangan Video

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KBSM 
MENGGUNAKAN APLIKASI PERSIDANGAN VIDEO


KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN
RUJUKAN
LAMPIRAN


1.0    PENGENALAN
Sejak kewujudan internet yang telah merevolusikan sistem perhubungan manusia masa kini, berbagai-bagai kajian, usaha dan ciptaan telah dilakukan untuk menggunakan potensi yang ditawarkan oleh teknologi internet sepenuhnya.  Kemudahan persidangan berkomputer adalah merupakan antara versi terkini kemajuan teknologi rangkaian komputer dan telekomunikasi.

        Persidangan komputer seperti ini memerlukan rangkaian komputer yang membolehkan pengguna berkongsi perkakasan, perisian aplikasi, data, transmisi video dan suara. Pendek kata, komputer dirangkaikan umumnya dengan tujuan untuk berkongsi bahan dan maklumat secara dua hala. Semudah-mudah rangkaian komputer melibatkan dua buah komputer yang dihubungkan dengan media, sama ada talian terus atau melalui talian telefon. Oleh itu, perhubungan antara pengguna boleh berlaku dimana-mana sahaja seperti dari satu bilik ke bilik dalam satu bangunan yang sama atau yang jauh. Ia juga amat menjimatkan masa dan kesannya boleh menjadikan seseorang itu lebih produktif.

        Teknologi komunikasi maya seperti ini memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam dunia pendidikan. Dalam usaha untuk memudahkan lagi interaksi antara pelajar dan guru untuk aktiviti-akiviti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan komunikasi maya melalui persidangan komputer ini amat membantu dengan cara yang berkesan dan amat menarik sekali terutamanya untuk sesi-sesi tutorial yang memerlukan komunikasi satu ke satu antara pelajar dan guru.  Menurut Ketua Pengarah UNESCO, Koichiro Matsuura, dalam Ali Mohd Yatim (2002) globalisasi dan revolusi teknologi maklumat yang bergandingan menyediakan peluang-peluang yang belum  pernah diperkatakan bagi membolehkan mereka yang terpinggir daripada sistem pendidikan mendapat pendidikan asas. Oleh itu komunikasi maya telah menjadikan pendidikan asas sebagai satu realiti untuk menyebarkan pengetahuan secara saintifik.

        Persidangan video juga adalah antara teknologi komunikasi maya yang semakin popular. Teknologi persidangan video juga membolehkan dua atau lebih pengguna di tempat yang berlainan melihat dan mendengar satu sama lain.  Pengguna boleh berhubung dengan seseorang yang berada di mana-mana bahagian dunia melalui kamera video digital dan mikrofon yang disambungkan kepada komputer peribadi melalui talian internet. Ini menjimatkan masa dan kos untuk perjalanan ke tempat itu.  Proses asas persidangan video melibatkan pengambilan imej dari komputer penggunan pertama, kemudian menghantar imej tersebut ke komputer pengguna kedua dan memaparkan imej tersebut pada komputer pengguna kedua terbabit.  Persidangan video ini boleh dilakukan antara dua pengguna yang berbeza atau beberapa pengguna di beberapa lokasi yang berbeza. 

        Komputer memerlukan kamera video bagi “melihat” pengguna.  Video yang dirakam oleh kamera pengguna adalah sebenarnya beberapa siri gambar pegun yang dinamakan kerangka (frame).  Jumlah kerangka yang di paparkan dalam satu saat dipanggil kadar kerangka (frame rate).  Kadar kerangka yang tinggi akan membolehkan video kelihatan lebih jelas dan lebih hidup.  Persidangan video biasanya mempunyai kadar kerangka antara 10 hingga 30 kerangka sesaat (frames per second).

        Bagi tujuan penghantaran  imej dari komputer seseorang pengguna ke komputer penerima, komputer pengguna perlulah di hubungkan atau dirangkaikan.  Tidak kira apa jenis alat perhubungan yang di gunakan, perkara penting yang perlu di ingatkan ianya mengambil masa untuk menghantar maklumat (imej) melangkaui rangkaian yang besar.  Jumlah masa bergantung kepada jenis rangkaian yang digunakan dan berapa besar maklumat yang dihantar. Bagaimanapun, untuk membolehkan imej dapat di hantar dengan cepat, beberapa perkara yang boleh dilakukan: 
i. Menggunakan jumlah kerangka yang rendah di mana ianya akan menghantarkan imej yang kurang bagi setiap saat.  Tetapi ini juga menyebabkan pergerakan kelihatan kurang sempurna;
ii. Mengurangkan resolusi bagi setiap kerangka;
iii. Memampatkan imej sebelum menghantar yang mana komputer pengguna akan mengambil maklumat dan secara matematik, memanipulasikan imej supaya data yang di perlukan bagi mewakili maklumat adalah kurang.  Kemudian, komputer penerima akan menukarkan proses itu dan memaparkan maklumat asal dalam bentuk gambar pegun.

        Kelebihan persidangan video dari sudut dari sudut pendidikan ialah ia membenarkan visi pengajian jarak jauh menjadi satu kenyataan. Kaedah pembelajaran yang menggunakan persidangan video membolehkan pengajar dan pelajar berhubung mengikut masa yang ditetapkan, walaupun berada di negara yang berlainan. Dari sudut perubatan, teleperubatan akan memanfaat dari persidangan video sebab kawasan-kawasan di luar bandar tidak akan dipinggirkan dalam hal penjagaan kesihatan lagi. Manakala dari sudut perniagaan pula, ia mengelakkan keperluan pengurus-pengurus dan eksekutif menghabiskan masa dan wang dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat atau persidangan.

        Apabila berlakunya perkembangan-perkembangan teknologi ini, langkah untuk menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan persidangan berkomputer penting untuk diambil sebagai langkah permulaan. Ini terutama apabila memikirkan gelombang globalisasi yang wujud hasil dari  teknologi komunikasi yang kian canggih semakin terasa di setiap sektor awam dan swasta. Lebih-lebih lagi institusi pendidikan semestinya tidak harus ketinggalan untuk sama-sama merebut peluang yang ditawarkan oleh kemudahan teknologi masa kini untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Satu rancangan pengajaran seperti yang disediakan di bawah adalah sebagai contoh untuk kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan persidangan komputer.

        Antara perisian yang boleh digunakan untuk persidangan berkomputer ini adalah seperti MSN Messenger untuk komunikasi secara lisan atau bertulis.  Aplikasi seperti Net Meeting pula boleh menampung kemudahan video kamera bagi melengkapkan komunikasi secara persidangan berkomputer ini. Untuk mempastikan persidangan ini berjalan dengan lancar, antara perkakasan dan perisian yang perlu adalah seperti komputer peribadi multimedia yang mempunyai rangkaian internet, mikrofon, kamera video, program MSN Messenger dan Net Meeting.

        Sehubungan itu, dalam situasi pembelajaran dan pengajaran, persidangan berkomputer ini boleh dijalankan pada bila-bila masa yang sesuai. Contohnya apabila seseorang guru mendapati pelajarnya menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran secara berkumpulan atau kelompok, sesi tutorial untuk pelajar tersebut boleh dijalankan menggunakan persidangan komputer ini. Oleh itu guru dan pelajar tidak perlu berada pada satu tempat yang sama untuk memulakan sesi tutorial. Ini tentulah memudahkan kedua-dua pihak menjalankan tugas masing-masing dengan selesa. Persidangan komunikasi serentak sebegini  juga boleh dibuat antara seorang guru dengan dua atau tiga orang pelajar mengikut kecekapan guru. Bagaimanapun, untuk mempastikan pembelajaran pelajar diberi perhatian sepenuhnya, komunikasi satu ke satu seharusnya amat digalakkan.

        Kemudahan yang ditawarkan oleh perisian MSN Messenger dan Net Meeting sendiri pula sudah cukup untuk menjadikan sesuatu pengalaman mengajar dan belajar menjadi menarik. Selain dari 'chat' secara teks atau lisan kemudahan menghantar dan menerima sebarang bentuk fail dokumen, grafik, video, persembahan dan sebagainya mempercepatkan proses penyampaian dan penerimaan maklumat. Selain dari itu kemudahan 'share desktop' dan penggunaan 'whiteboard' menjadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran itu lebih aktif dan interaktif. Ia juga membantu guru membuat pemantauan dan penilaian tentang kefahaman serta kemahiran pelajarnya walaupun tidak berada disatu tempat yang sama. Ini boleh dilakukan dengan melihat tindakbalas pelajarnya melalui skrin komputernya sendiri apabila kemudahan 'share desktop' atau 'whiteboard' diaktifkan.

        Walaupun persidangan berkomputer ini banyak manfaatnya, ia tetap mempunyai kekangan-kekangan tertentu. Contohnya, ia amat bergantung kepada kelancaran internet. Andainya mana-mana pengguna menghadapi masalah dengan server masing-masing ia tentulah membantutkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan peralatan-peralatan yang digunakan seperti video kamera, mikrofon dan perisian MSN Messenger atau Net Meeting. Andainya ada peralatan yang tidak berfungsi atau fail sistem yang hilang, ia akan menyukarkan keadaan. Pembelajaran jarak jauh cara ini juga amat bergantung kepada kerjasama dan kejujuran pelajar. Oleh kerana guru tiada bersama-sama pelajar secara fizikal, guru perlulah bersikap kreatif untuk mempastikan pelajarnya benar-benar mengikuti objektif pembelajaran. Selain dari itu, persidangan ini juga lebih sesuai bagi mereka yang telah mempunyai kemahiran berkomunikasi secara maya. Ini kerana komunikasi secara ini memerlukan pelajar banyak menggunakan kemahiran komputer dan pengetahuan tentang komputernya serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifnya.

        Walaubagaimanapun, kekangan-kekangan tersebut masih boleh diatasi dengan usaha dan kerjasama dari semua pihak. Apa yang pasti pembelajaran secara persidangan komputer ini menjanjikan satu pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang  amat menarik bagi guru dan pelajar. Peranan guru sebagai pembimbing maklumat dan ilmu (facilitator of knowledge) kini menjadi lebih mudah kerana teknologi masa ini telah membenarkannya. Pelajar pula seharusnya lebih aktif menimba dan memproses maklumat sendiri dengan bantuan teknologi komputer. Malahan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pendidikan seharusnya turut sama tampil menyediakan bahan-bahan yang menggalakkan pengaplikasian  komunikasi maya ini. Semakin ramai yang terlibat semakin kurang perasaan takut-takut untuk menggunakan kemudahan teknologi yang ada.
atas

2.0    RANCANGAN PENGAJARAN

Mata Pelajaran :  Teknologi Maklumat KBSM
Tingkatan :  Empat @ Lima
Masa  :  80 minit (2 waktu mengajar)
Bidang Pengetahuan :  Sistem Komputer
Bidang Pembelajaran :  Konsep asas sistem
Hasil Pembelajaran
(Objektif)
: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, InsyaAllah pelajar akan dapat :
   i.    menjelaskan makna komputer;
   ii.   menjelaskan aliran sistem kerja yang terdiri dari input, proses, output dan storan;
   iii.  memperihalkan fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) sebagai komponen utama dalam
         aliran sistem kerja.
Kemahiran Generik :  i.   Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (membuat penilaian, menganalisis, menyelesaikan
        masalah, membuat rumusan, mengaplikasi);
   ii.   Kemahiran teknologi (mengendalikan perisian dan perkakasan komputer, membuat
        carian dan meneroka menggunakan aplikasi Internet);;
   iii.  Kemahiran belajar (mengumpul dan menganalisis maklumat).
Penerapan Nilai Murni :  Sabar, Bersyukur, Bertanggungjawab
Kecerdasan Pelbagai :  i.    Kecerdasan ruang/imaginasi;
   ii.   Kecerdasan intrapersonal;
   iii.  Kecerdasan interpersonal;
   iv.  Kecerdasan logikal.
Media Pengajaran :  Komputer dan internet
Pengalaman Sedia Ada :  Pelajar telah mempelajari berkenaan:
   i.    penggunaan perisian alatan internet - Netmeeting;
   ii.   penggunaan peralatan multimedia (Web Camera, mikrofon, speaker);
   iii.  penggunaan perisian persembahan - Powerpoint;
   iv.  penggunaan Internet dan World Wide Web.

 
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pangajaran dan Pambelajaran
Media Pengajaran Kemahiran Generik
Guru
Pelajar
a
LANGKAH 1
(10 minit)
(Set Induksi)
a a
1. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar menerusi kemudahan MSN Messenger:
i.  Adakah anda pernah menggunakan komputer?
ii. Apakah aktiviti seharian anda yang melibatkan penggunaan komputer?
2. Setelah berpuas hati dengan jawapan pelajar, guru meminta pelajar memulakan perisian NetMeeting serta menjelaskan objektif pelajaran pada hari ini secara lisan
a
1. Pelajar menjawab soalan yang dikemukakan berdasarkan kepada pengalaman dalam kehidupan seharian.
2. Pelajar memulakan perisian Netmeeting.
a
Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan capaian kepada internet
a
Kemahiran teknologi:
Mengendalikan perisian dan perkakasan komputer multimedia

Kecerdasan Pelbagai:
Kemahiran intrapersonal

a
LANGKAH 2
(20 minit)
(Menyediakan bahan rangsangan)
a a
1. Guru meminta pelajar memulakan perisian Pelayar Web (Web Browser).
2. Sebagai panduan untuk melaksanakan aktiviti, guru memindah fail Tugasan.doc yang mengandungi senarai aktiviti yang perlu dilaksanakan sepanjang sesi pembelajaran ke Desktop pelajar menggunakan kemudahan file transfer yang terdapat pada perisian NetMeeting. 
a
1. Pelajar memulakan perisian Pelayar Web (Web Browser) yang tersedia pada komputer.
2. Pelajar menerima fail Tugasan.doc dari guru dan mencapai internet berdasarkan URL yang diberikan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
a
Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan capaian kepada internet
a
Kemahiran Belajar:
Mengumpul maklumat. 

Kemahiran Teknologi:
Membuat carian dan meneroka menggunakan aplikasi internet.

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan interpersonal.

Nilai Murni : Bersabar

a
LANGKAH 3
(20 minit)
(Menyampaikan objektif)
a
Makna komputer
a
1. Guru meminta pelajar menyatakan definasi komputer secara bertulis.
2. Guru membuat sebarang pembetulan dan penambahbaikan jika perlu.
a
1. Pelajar memberi maklum balas berkaitan dengan definasi komputer menerusi MSN Messenger.
A a
Kemahiran Belajar:
Memproses maklumat 

Kemahiran Teknologi:
Mengendalikan perisian dan perkakasan komputer.

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan intrapersonal
 

a
Aliran sistem kerja komputer
a
1. Guru membuka whiteboard pada NetMeeting dan meminta pelajar menaipkan nama-nama -peranti yang terdapat pada satu set komputer.
2. Guru meminta pelajar melukiskan gambarajah aliran penggunaan peranti-peranti tersebut mengikut tertibnya pada whiteboard tersebut.
3. Setelah berpuas hati dengan gambarajah tersebut, guru meminta pelajar menyatakan fungsi setiap peranti tersebut secara ringkas
a
1. Pelajar menaip nama-nama peranti pada whiteboard.
2. Pelajar melukis gambarajah aliran sistem kerja komputer pada whiteboard.
3. Pelajar menyatakan fungsi peranti sebagai input, proses, output dan storan.
a a
KBKK:
Menganalisis

Kemahiran Teknologi:
Mengendalikan perisian dan perkakasan komputer

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan ruang/imaginasi
Kecerdasan logikal
Kecerdasan intrapersonal

a
Fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
a
1. Guru mengemukakan beberapa soalan bagi membimbing pelajar menentukan peranti utama aliran sistem kerja.  Soalannya:
i. Bahagian manakah yang mengawal segala aktiviti dalam sistem badan manusia?
ii. Apakah yang akan terjadi jika bahagian tersebut tidak wujud?
iii. Berdasarkan aliran sistem kerja komputer, peranti manakah yang bekerja seakan-akan bahagian badan tersebut.
2. Guru meminta pelajar menyatakan tugas-tugas yang dapat dilaksanakan oleh CPU sebagaimana otak manusia bekerja.
3. Guru meminta pelajar melukis gambarajah blok bagi menerangkan fungsi CPU.
a
1. Pelajar menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan menentukan peranti utama aliran sistem kerja adalah CPU.
2. Pelajar menyatakan tugas-tugas yang dapat dilaksanakan oleh CPU.
3. Pelajar melukis gambarajah blok bagi menerangkan fungsi CPU pada whiteboard.
a a
KBKK:
Membuat penilaian Menganalisis

Kemahiran Teknologi:
Mengendalikan perisian dan perkakasan komputer

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan ruang/imaginasi
Kecerdasan logikal
Kecerdasan intrapersonal

Nilai murni:
Mensyukuri nikmat Allah

a
LANGKAH 4
(20 minit)
(Menilai pencapaian)
a a
1. 1. Guru meminta pelajar menyediakan satu persembahan Powerpoint yang bertajuk "Konsep Asas Sistem" yang mengandungi perkara-perkara yang telah dibincangkan.
2. Guru meminta pelajar menghantar tugasan menggunakan kemudahan file transfer dalam perisian Netmeeting.
a
1. Pelajar menyediakan persembahan Powerpoint bertajuk “Konsep Asas Sistem”.
2. Pelajar menghantar tugasan menggunakan kemudahan file transfer dalam perisian Netmeeting.
a a
KBKK:
Menyelesaikan masalah

Kemahiran Teknologi:
Mengendalikan perisian dan perkakasan komputer

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan interpersonal
 

a
LANGKAH 5
(10 minit) 
a
Penilaian Pelajar
a
 
1. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar untuk aktiviti refleksi :
i. Apakah yang telah anda pelajari hari ini?
ii. Apakah fungsi yang terdapat pada satu sistem komputer?
2. Guru membuat refleksi pengajaran dan mengesan keleahan pengajaran untukpengajaran yang lebih berkesan.
a
1. Pelajar menjawab soalan refleksi tersebut.
a a
Penilaian kendiri 

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan intrapersonal 

atas

RUJUKAN

1.    Ali Mohd Yatim. 2002. Tugasan Sarjana : Komunikasi Alam Maya (atas talian).
            http://www.geocities.com/alamaya.geo/page5.htm (20 September 2002). 

2.    Pusat Perkembangan Kurikulum. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat KBSM (atas talian).
            http://kdp.ppk.kpm.my/kuri_tm/it_sp_hsp.pdf (20 September 2002).



LAMPIRAN

Lampiran Guru : Kandungan fail Tugasan.doc

Tugasan

1.        Mulakan internet dan capai laman web menggunakan URL berikut : 
               http://www.icu.gov.my/Nota_ITPC/Nota_ver1/pengenalanIT_ver2.htm

2.        Buat kepada penerokaan terhadap laman web tersebut dan dapatkan maklumat berkaitan:
           i. Definasi komputer.
           ii. Peranti-peranti  yang diperlukan bagi satu set komputer.
           iii. Aliran sistem kerja komputer.
           iv. Fungsi CPU
 

|Muka Depan|  |Biodata|  |Senarai Kursus> GE6543> Tugasan 5
|Tugasan 1 |Tugasan 2|  |Tugasan 3|  |Tugasan 4|  |Tugasan 5|  |Tugasan 6|