Make your own free website on Tripod.com
|Muka Depan|  |Biodata|  |Senarai Kursus> GE6543> Tugasan 6
|Tugasan 1 |Tugasan 2|  |Tugasan 3|  |Tugasan 4|  |Tugasan 5|  |Tugasan 6|
GE6543
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
Tugasan 6 : Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Menggunakan Data dari Satelit

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA
MENGGUNAKAN DATA DARI SATELIT


KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN
2.1   Rancangan Pengajaran 1
2.2   Rancangan Pengajaran 2
2.3   Rancangan Pengajaran 3
RUJUKAN
LAMPIRAN

1.0    PENGENALAN
Satelit mikro Malaysia yang pertama, TiungSAT-1 telah dilancarkan pada jam 6.05 petang waktu Malaysia pada 26 September 2000 menggunakan roket pelancar Dnepr di tapak pelancar Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.  Satelit mikro pertama ini merupakan ilham Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan nama "Tiung" itu dicadangkan mengambil sempena nama burung tiung (Myna).  Satelit TiungSAT-1 ini dibangunkan melalui Program Latihan dan Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey.  Program ini adalah kerjasama antara Surrey Satellite Technology Ltd. (SSTL) dan Austronautics Technology Sdn. Bhd. (ATSB).

        Malaysia mula menceburi secara bersepadu sektor aeroangkasa dengan terbentuknya Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia pada tahun 1997 dengan harapan pembangunan sektor aeroangkasa negara akan menjadi pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia (Azmi Hassan, 2002).  Komitmen kerajaan dalam memajukan industri aeroangkasa menjadi lebih nyata dengan tertubuhnya Agensi Angkasa Lepas Nasional (AALN).  Agensi ini yang kini diterajui oleh Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman  yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sains angkasa dijangka memainkan fungsi dengan lebih aktif dalam menentukan dasar dan arah tuju industri aeroangkasa.  Malaysia juga berhasrat untuk membangunkan pusat angkasa yang akan mempunyai pelancar satelit.  Usaha ini juga adalah demi kepentingan pertahanan negara.

        Selain dari memajukan industri pembangunan satelit, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan juga akan membuka peluang untuk memajukan industri aeroangkasa yang lain seperti bidang penyelidikan dan pembangunan, industri sampingan, aplikasi dan khidmat profesional.  Oleh itu, kefahaman mengenai teknologi satelit perlu dipupuk sedari awal lagi kepada generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang supaya mereka dapat merealisasikan hasrat kerajaan ini. Pendidikan merupakan kunci ke arah  merealisasikan hasrat ini.  Golongan pendidik perlu terlebih dahulu didedahkan kepada penggunaan teknologi satelit dalam pendidikan sebelum mereka dapat mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

        Satelit merekod maklumat berkaitan dengan permukaan bumi dan atmosfera secara berterusan, dan menghantar sejumlah besar data (gigabait setiap hari) kepada pusat pengumpulan dan penyimpanan data.  Imej-imej dari satelit ini sangat berguna untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.  Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik kerana menggunakan data-data yang sebenar, bukannya bergantung semata-mata kepada buku teks yang ketinggalan masa kerana terdapat antara kandungannya hanya relevan untuk suatu tempoh yang tertentu sahaja.  Adalah menjadi satu kerugian sekiranya pelaburan yang bernilai berbilion ringgit ini tidak dimanfaatkan secara sepenuhnya.

        Satu perkara yang menjadi kesulitan kepada para pendidik ialah mekanisme untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bersumberkan imej-imej satelit.  Ini adalah kerana belum ada sebarang program kerjasama antara golongan pendidik peringkat sekolah rendah dan menengah dengan agensi kerajaan bagi menumpukan usaha penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dari satelit secara berterusan.  Satu bengkel Makrosatelit dalam Pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA), Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), Institut Fizik Malaysia (IFM) dan Mahkota Technologies Sdn. Bhd. (MARTS) pada tahun 17 Disember 1997 hanya memakan masa sehari sahaja dengan penyertaan yang terhad pula.  Oleh itu, kumpulan kami cuba merangka satu rancangan pengajaran yang berkaitan dengan satelit serta memanfaatkan penggunaan bahan-bahan dari satelit sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran.
atas

2.0    RANCANGAN PENGAJARAN
Rancangan pengajaran ini dibina dengan menyesuaikan kurikulum yang sedia ada dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran bersumberkan bahan dari satelit.  Kami memilih topik Bumi dan Alam Semesta dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga kerana didapati isi pelajarannya adalah sangat sesuai untuk memperkenalkan teknologi angkasa lepas kepada pelajar secara berkesan.
Rancangan pengajaran ini terbahagi kepada tiga mengikut tajuk yang disusun mengikut perkembangan pengetahuan yang perlu dicapai oleh pelajar.

2.1   Rancangan Pengajaran 1 - Sistem Suria

2.2   Rancangan Pengajaran 2 - Perkembangan Kajian Angkasa Lepas (Teknologi Satelit Buatan)

2.3    Rancangan Pengajaran 3 - Faedah Teknologi Angkasa Lepas untuk Manusia
 

Mata Pelajaran :  Sains
Tingkatan :  Tiga
Masa  :  80 minit (2 waktu mengajar)
Topik :  Bumi dan Alam Semesta
Tajuk :  Faedah Teknologi Angkasa Lepas untuk Manusia
Hasil Pembelajaran
(Objektif)
:  Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat :
   i.    mengetahui bahawa satelit buatan dapat mengumpul dan menghantar data;
   ii.   menyatakan jenis-jenis satelit buatan yang utama;
   iii.  memahami fungsi bagi pelbagai satelit buatan.
Penyerapan Ilmu :  Ilmu astronomi
Kemahiran Generik :  i.    Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) (membanding beza, mengenalpasti);
   ii.   Kemahiran teknologi (searching and browsing, mengguna perisian aplikasi Internet,
         mengguna perisian persembahan);
   iii.  Kemahiran belajar (mencari dan menganalisis maklumat).
Penerapan Nilai Murni :  Bersyukur, bekerjasama dan bertanggungjawab
Kecerdasan Pelbagai :  i.    Kecerdasan ruang/imaginasi;
   ii.   Kecerdasan intrapersonal;
   iii.  Kecerdasan interpersonal;
   iv.  Kecerdasan logikal.
Media Pengajaran :  i.    Keratan akhbar;
   ii.   Sumber internet;
   iii.  Gambar dari satelit.
Pengalaman Sedia Ada :  Pelajar telah mempelajari berkenaan:
   i.    Sistem suria;
   ii.   Perkembangan kajian angkasa lepas (Teknologi satelit buatan).

 
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pangajaran dan Pambelajaran
Media Pengajaran
Kemahiran Generik
Guru
Pelajar
a
LANGKAH 1
(10 minit)
(Set Induksi)
a a
1. Guru mengedarkan keratan akhbar yang bertajuk "Kepentingan satelit dari sudut strategik".
2. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar :
i. Apakah TiungSAT-1 sebenarnya?
ii. Di manakah TiungSAT-1 pada ketika ini?
iii. Apakah nama satelit yang terdapat di dalam petikan ini?
iv. Apakah kegunaan satelit yang dinyatakan di dalam petikan ini?
3. Setelah berpuashati dengan jawapan pelajar, guru seterusnya menjelaskan objektif pelajaran untuk hari ini.
a
1. Pelajar membaca petikan keratan akhbar secara senyap.
2. Pelajar menjawab soalan yang dikemukakan dengan merujuk kepada keratan akhbar yang diberi.
a
Keratan akhbar Berita Harian 13 Julai 2002
a
KBKK:
Menjana minda 

Kecerdasan Pelbagai :
Kecerdasan interpersonal

a
LANGKAH 2
(25 minit)  (Menyampaikan objektif) 
a
Fungsi asas satelitb buatan

Jenis-jenis satelit buatan

Fungsi  pelbagai satelit buatan

a
1. Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan.  Setiap kumpulan dikenali mengikut jenis satelit iaitu satelit kajicuaca (GOES), satelit telekomunikasi (EUTELSAT), satelit pelayaran (GPS), satelit saintifk (TERRIERS) dan satelit ketenteraan (MILSTAR).
2. Guru mengedarkan helaian tugasan yang perlu dilakukan bagi setiap kumpulan. 
3. Guru meminta pelajar mengagihkan tugas kepada setiap ahlinya  sama ada sebagai pengakses, pencatat, atau pelapor.
4. Guru memerhati dan membantu pelajar menjalankan aktiviti
a
1. Pelajar dari setiap kupulan melantik pengakses, pencatat dan pelapor.
2. Pelajar mengakses internet berdasarkan URL yang diberikan dan berbincang mengenainya.
3. Pelajar memasukkan hasil perbincangan dan maklumat yang diperolehi ke dalam perisian persembahan powerpoint.
a
Kertas edaran,komputer yang dilengkapi dengan kemudahan capaian kepada internet
a
KBKK:
Mengumpul dan 
memproses maklumat 

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan ruang/imaginasi
Kecerdasan logikal

a
LANGKAH 3
(20 minit)
(Menampilkan pencapaian)
a a
1. Guru meminta wakil setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan kepada ahli kumpulan lain di dalam kelas menggunakan perisian persembahan powerpoint.
2. Guru membuat sebarang pembetulan dan penambahbaikan jika diperlukan.
a
1. Wakil setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan dan maklumat yang diperolehi kepada ahli kelas yang lain menggunakan powerpoint. 
A a
KBKK:
Membuat urutan
Membanding dan membeza.

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan ruang/
imaginasi
Kecerdasan logikal
Kecerdasan interpersonal 

a
LANGKAH 4
(15 minit)
(Menilai pencapaian)
a a
1. Guru meminta pelajar membuat perbincangan berdasarkan maklumat yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan.
2. Guru bertindak sebagai fasilitator dan memberi rumusan yang muktamat. 
a
1. Pelajar membandingkan maklumat di antara kumpulan dengan kumpulan lain
a a
KBKK:
Membanding dan membeza

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan interpersonal 

a
LANGKAH 5
(10 minit) 
a
Penilaian Pelajar
a
1. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar untuk aktiviti refleksi :
i. Apakah perkara-perkara dalam kehidupan anda yang dipermudahkan dengan adanya satelit?
ii. Apakah kesannya kepada kehidupan jika satelit tidak berfungsi?
2. Guru membuat refleksi pengajaran dan mengesan keleahan pengajaran untukpengajaran yang lebih berkesan.
a
1. Pelajar menjawab soalan refleksi tersebut.
a a
Penilaian kendiri

Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan intrapersonal

Nilai murni:
Memanfaatkan teknologi ke arah kebaikan. 

atas

RUJUKAN

Azmi Hassan. 2002. Kepentingan satelit dari sudut strategik. Berita Harian, 13 Julai.

Austronautics Technology. 2002. __________________ (atas talian).  http://www.atmsb.com.my/ (23 September 2002)

Surrey Satellite Technology Ltd. (tanpa tarikh). ____________(atas talian) http://www.sstl.co.uk/ (23 September 2002)
atas



LAMPIRAN
Lampiran Guru : Kertas edaran tugasan kumpulan

Tugasan Kumpulan

1.        Lakukan penerokaan terhadap laman berikut : 

i. Kumpulan Satelit Kajicuaca (GOES):
      http://www.goes.noaa.gov/
      http://www.ghcc.msfc.nasa.gov/GOES/
ii. Kumpulan Satelit Telekomunikasi (EUTELSET): 
      http://www.eutelsat.org/home/index.html
iii. Kumpulan Satelit Navigasi (GPS) :
      http://www.colorado.edu/geography/gcraft/notes/gps/gps_f.html
      http://www.esa.int/export/esaSA/GGGYC650NDC_navigation_0.html
iv. Kumpulan Satelit Saintifk (TERRIERS):
      http://www.bu.edu/satellite/
      http://www.secretsoftheice.org/scientific/satellite.html
v. Kumpulan Satelit Ketenteraan (MILSTAR):
      http://www.space-technology.com/projects/milstar/
      http://www.nasm.si.edu/galleries/gal114/SpaceRace/sec400/sec420.htm


2.        Jalankan perbincangan dalam kumpulan berkenan dengan fungsi satelit kumpulan anda dengan berpandukan maklumat
           yang didapati pada laman web tersebut.

3.        Persembahkan maklumat yang diperolehi kepada kelas menggunakan perisian persembahan Powerpoint.
atas

|Muka Depan|  |Biodata|  |Senarai Kursus> GE6543> Tugasan 6
|Tugasan 1 |Tugasan 2|  |Tugasan 3|  |Tugasan 4|  |Tugasan 5|  |Tugasan 6|